Saturday, February 20, 2010

jalan ini

assalamualaikum..
bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim.

Islam itu indah..
seindah PENCIPTANYA..
Islam itu lengkap,
selengkap PENGASASNYA..
Islam itu mudah difahami,
kerana adanya SURAT CINTA sebagai panduan,
dan disertakan pengajarnya AS-SUNNAH...

dalam Islam, lengkap dengan semua rasa..
pahit, manis, kelat, masam dan lain2..
Ia manis tatkala dihayati,
Ia pahit tatkala menjadi penawar ketika hati ini sakit..
Ia kelat ketika kita terpaksa memilih antara dunia dan akhirat.
namun apa pun rasa yang dapat dikecapi,
yang pasti di hujungnya PASTI MANIS~

DUNIA IBARAT PENJARA BAGI KITA
DAN SYURGA BAGI MEREKA..
di dunia, KITA diberi batasan yang berbagai macam..
tidak boleh minum arak, tidak boleh main perempuan,
tidak boleh riba, tidak boleh, tidak boleh dan tidak boleh....
tapi bagi MEREKA, semuanya tiada masalah..
boleh saja dilakukan tanpa segan silu...
bg MEREKA dunia ini ibarat syurga....
namun, mari kita renung kembali,
apa tujuan hidup ini?
adakah untuk menghayati segala kenikmatan dunia sahaja?
jika itu tujuan hidup kita, bagaimana dengan kematian?
apa tujuannya ada mati?
adakah suka-suka?
jawab persoalan ini....

ingatlah saudaraku, kita hidup untuk mati.
untuk kembali ke syurga abadi.
kampung kita sebelum kita dihalau kebumi..

ingatlah wahai IKHWAH.
KITA ini dilahirkan dengan tanggungjawab.
sebagai khalifah
وإذ قال ربّك للملائكة إنّى جاعل في الأرض خليفة
Al-Baqarah,2:30

dan juga sebagai hamba
وما خلقت الجنّ والإنس إلاّ ليعبدون
az-zariyyat 51:56

itu lah matlamat kita...

SAUDARAKU TERCINTA~
bukanlah suatu yang mudah untuk mendapatkan yang indah.
perlu ada pengorbanan untuk mendapatkannya..
apatah lagi yang kita inginkan itu syurga yang kekal abadi.
kekal selamanya...
tiada jemu didalamnya..
yang ada hanyalah keindahan dan kebahagiaan yang berpanjangan.
semua itu bukanlah percuma...
apakah kita dikira berjaya tanpa ada perkara yang kita jayakan?
peperiksaan misalnya?
أحسب النّاس أن يتركوا أن يقولوا ءامنّا وهم لا يفتنون. ولقد فتنّا الذين من قبلهم فليعلمنّ اللّه الذين صدقول وليعلمنّ الكاذبين
AL-'Ankabut 29: 2&3

kita pasti diuji dahulu sebelum meraikan kejayaan yang balasannya SYURGA
oleh itu, Allah memberi jalan kepada kita:

"إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم و أموالهم بأن لهم الجنّة يقاتلون في سبيل الله فيقتلون و يقتلون"
التوبة:111

mudah kn urusniaga yang Allah ajukan?
ya, mudah pada kata-kata, berat pada amalan..
itulah hidup kita..
perlu menggadaikan kehidupan kita, dunia dan seisinya untuk membeli
SYURGA yang tiada tandingnya.

kerna itu,
PERJALANAN KITA PANJANG TAPI HASILNYA TERJAMIN
kerna Allah tidak memungkiri janji
PERJALANAN KITA SUSAH TAPI HASIL TETAP
di dalam perjalanan ini penuh dengan ujian-ujian yang Allah tetapkan
PERJALANAN KITA LAMBAT TAPI SELAMAT
karena kita perlu berhati2 dalam benjalani tanggungjawab ini.
perlu ada perancangan.
perlu ada penyusunan dan pentahapan..
agar JALAN yang kita susuri ini dapat dilalui dengan teratur dan sampai ke DESTINASINYA.

inilah jalan kita...
menuju kedestinasi puncak cinta tertinggi..
iaitu menuju redha ilahi.
mari kita usahakan, agar saudara-saudara kita yang terleka,
kembali ke jalan ini,
jalan yang dilalui para nabi dan rasul,
jalan dakwah yang penghujungnya tempat yang indah..
semoga kita saling menyempurnakan antara satu sama lain..

(baca doa rabitah, dan hadirkanlah hati-hati kita semua dalam doamu)

sekian
assalamualaikum

dari sahabatmu yang merinduimu: qimi

No comments:

Post a Comment