Monday, February 15, 2010

langkah permulaan

assalamualaikum..

remaja,
kekuatannya teguh,
fizikalnya utuh,
mentalnya kukuh,
spiritualnya jitu.

dizaman ini lah seharusnya kita rebut masa.
untuk aktif dalam dakwah..
gunakan segala kurniaan yang diberi ilahi,
untuk melasanakan amanah Ilahi..
meneruskan warusan para anbiya'..

"rebutlah 5 perkara sebelum lima perkara"
1. sihat sebelum sakit
2. lapang sebelum sempit
3. muda sebelum tua
4. kaya sebelum miskin
5. hidup sebelum mati...

kita masih muda..
masih remaja, masih lapang mempunyai masa terluang,
masih terhindar dari penyakit2 yang ada pada orang tua..
masih kaya dengan tenaga dan semangat..
masih HIDUP DI DUNIA UNTUK MENGEJAR AKHIRAT.

rebutlah peluang ini dengan sebaiknya..
kerna hidup hanya sekali untuk beribadah...
menentukan akhirat yang kekal berpanjangan...
rebutlah masa ini kerana kehidupan ini umpama pokok kelapa..
yang mana buahnya bisa gugur tak kira masa...

kita hamba yang mengucapkan kalimatain (شهادتين)
kita ada matlamat...
kita ada misi dan tanggungjawab..
hidup kita bukan untuk dunia..
namun..
Allah meletakkan kita di dunia agar kira menjadikan dunia
sebagai kemudahan untuk kita membeli akhirat.
"إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم و أموالهم بأن لهم الجنّة يقاتلون في سبيل الله فيقتلون و يقتلون"
التوبة:111

itulah destinasi kita...
yang mana kita akan mendapat nikmat yang berkekalan ..
takkan ada yang basi, rosak, dan tua...

namun, bayarannya bukanlah semurah dibibir sahaja..
selagi ujian dan rintangan tidak ditempuhi..
selagi engkau tidak melangkah untuk menuju jalan INI(jihad dan dakwah)
maka, jangan mimpi engkau akan melangkahkan kaki menuju ilahi..
darah, tubuh, harta, anak2, dan seisi dunia adalah bayaran untuk kita menempahsyurga..
caranya?
berkorbanlah~~dan BERTAQWALAH..

namun, lumrah manusia perlukan teman sepanjang perjuangan.
kita tak mampu berdiri sendirian selamanya..
kita perlukan sayap untuk memudahkan urusan...
jika sampai SERUAN..
usah kau tunggu...
kerana engkau akan membuat pasanganmu tertunggu2..
penantian itu suatu pembaziran..
bukankah setiap masa itu bernilai bagi kita yang berjuang?
jangan tangguhkan....
segerakanlah agar pergerakan kita dapat diteruskan dengan mudah dan lancar.
agar jundi2 Islam bertambah dibawah kilang "kluarga muslim"..
jangan tangguhkan masa dan tenaga...
perancangan itu menjelaskan segala langkah kita menujuNYA..

engkau sakit?
engkau terluka?
engkau putus asa dengan dakwah ini?
jangan begitu saudaraku...
sesungguhnya, kesakitan dan lukamu itulah yang akan menjadi saksi
dimahkamah Ilahi atas pengorbanan dan perjuanganmu...
teguhkan dirimu, utuhkan kakimu,,,
melangkahlah dengan langkah pewira...
langkah seorang askar yang langkahnya merindui syurga..
semoga mendapat rahmat dan inayah Rabb yang Esa..



~dari hamba yang hina: 'Amil 'Aqil

2 comments:

  1. fuiyyoo. cantik betul isi/content post ni. Jazakallahu khairan :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...
    semoge pembace dapat ambik pe yang murni~

    ReplyDelete